VID Bakal Bersalin Feb 2022, Baby Bump Wanita Genit lni Jadi Perhatian

Disangka budak kecil atau pelajar sekolah rendah, kisah wanita berusia 27 tahun bernama Syakila Norazma Amira pernah tular awal tahun ini kerana mempunyai tubuh yang sangat genit.

Berkahwin dengan lelaki yang tinggi lampai, kisah cinta dan perkahwinan mereka berdua menjadi perhatian penuh selain menjadi simbolik keikhlasan menerima pasangan seadanya.

Isteri Kecil Saiz Budak Sekolah, Suami Pergi Lambung Tengah Ramai Orang Alhamdulillah syukur Allah bagi rezeki…Baby dah 11 minggu Pada Ogos lalu juga, Puan Yaya ada berkongsikan berita sedang hamil anak sulung mereka selama 11 minggu.

Pergi ke klinik bagi melakukan pemeriksaan kesihatan janin, ketika itu dia sempat meminta doa baik netizen semoga kandungannya selamat dah terhindar khususnya daripada wabak Covid-19. @buyahhh alhamdulillah syukur dgn rezeki yg allah bagi.

baby dah 11weeks dh. doa kan yaya dgn baby sihat dan dijauhkan dari wabak covid19. amin #fyp #esekelii ♬ Hanya Rindu – Andmesh Bagilah peluang ibu keluar dating dengan daddy sebelum baby keluar Terbaru, wanita yang sebelum ini mempunyai berat sekitar 20kg itu mendedahkan rupa sebenarnya saat berbadan dua.

Perutnya nampak semakin besar dan dijangka bersalin pada bulan Februari tahun hadapan. Meskipun nampak sedikit berisi mungkin kesan pembawaan bayi, rupa Puan Yaya tetap nampak berseri seronok keluar bersama suaminya sebelum beranak tidak lama lagi.

@buyahhh bagi cam sikit ibu nak dating dgn daddy sebelum baby keluar😜 #fyp #ese ♬ suara asli – Mardi97 – ᴍᴀʀᴅɪ @buyahhh ibu and baby love daddy🥰 #fyp #fypシ ♬ original sound – Lagu india – Lagu india 🎶🎧 Baby girl ni perut bulat je Dalam ruangan komen, ramai netizen memuji kecomelan wanita kecil ini saat kandungannya sudah sarat.

Masing-masing mendoakan yang terbaik selain meneka berkemungkina Puan Yaya akan melahirkan anak perempuan. Sumber : TikTok buyahhh via KD

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :  https://f-uh.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment